Selasa, 14 Oktober 2008

berita ekonomi dunia(latest)


Krisis kewangan: Soros bidas AS, Eropah
13/10/2008 7:02pm
WASHINGTON 13 Okt. – Spekulator mata wang, George Soros semalam membidas Amerika Syarikat (AS) dan Eropah kerana lambat bertindak menangani krisis kewangan global.
Beliau berkata, Setiausaha Perbendaharaan AS, Henry Paulson jelas sangat lambat bertindak dan enggan mengambil tindakan ke atas krisis itu kerana beliau “seorang fundamentalis pasaran”.
“Ini merupakan krisis kewangan paling buruk dalam hidup saya. Saya tidak pernah menyaksikan keadaan seperti ini sebelum ini dan saya tidak mungkin menyaksikannya lagi.
“Para pengurus kewangan merupakan pihak yang bertanggungjawab ke atas malapetaka ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada mesyuarat Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di sini. - AP
ulasan utara trade:ambik duit tu p buat haji lagi baguih hahahahaha.

Tiada ulasan: